Back

“Ganti Syihan Hazmi Pun Saya Sanggup” – Giancarlo Gallifuoco

Bek tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Giancarlo Gallifuoco mengakui sedia beraksi di mana-mana posisi untuk Harimau Malaya termasuk penjaga gol jika diperlukan.

Hal ini dinyatakan bek tengah berusia 32 tahun itu apabila ditanya tentang keterujaannya menyarung jersi keramat skuad kebangsaan Malaysia.

Gallifuoco memaklumkan beliau sangat mencintai Malaysia seperti mana beliau mencintai kelab Lembah Klang itu. Malah, beliau juga secara berseloroh sedia menjadi pengganti penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed.

“Saya akan berikan jawapan yang sama macam saya katakan sebelum ini. Saya akan mencintai skuad kebangsaan (Malaysia) seperti mana saya mencintai KL (City).

“Saya akan bermain di mana-mana posisi. Saya akan ganti Syihan (Hazmi) jika anda perlukan saya untuk melakukannya,” katanya seperti dilaporkan Unifi Sports .

Gallifuoco dilihat semakin hampir merealisasikan impiannya menyarung jersi Harimau Malaya. Sebelum ini, beliau memaklumkan sedang menunggu surat kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melengkapkan proses naturalisasinya.

Sekiranya semua berjalan lancar, Gallifuoco berpotensi menyertai kem Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan antarabangsa pada November ini.

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.