Back

Pan Borneo Sabah: Cari Penyelesaian, Bukan Saling Menyalahkan – Salleh

KOTA KINABALU: Kelewatan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A perlu ditangani melalui kerjasama semua pihak dan bukannya meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, kelewatan projek berkenaan membabitkan pelbagai cabaran teknikal, pentadbiran dan kewangan yang memerlukan penyelesaian bersama.

Menurutnya, lebih 70 peratus projek itu melibatkan pelebaran jalan Persekutuan sedia ada daripada dua kepada empat lorong, termasuk urusan pengambilan tanah, bangunan, kawasan penempatan penduduk serta pemindahan utiliti.

“ Kerja ini bukan mudah kerana melibatkan pengambilan tanah, bangunan, kawasan penempatan penduduk serta pemindahan utiliti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Salleh berkata, antara punca utama kelewatan ialah perubahan reka bentuk asal yang tidak sepenuhnya menepati keadaan sebenar di tapak sehingga memerlukan penelitian dan penyelarasan perunding serta pakar teknikal yang dilantik Kementerian Kerja Raya (KKR).

Katanya, perubahan reka bentuk yang membabitkan pertambahan kos juga memerlukan penilaian teknikal dan kelulusan kewangan daripada KKR serta Kementerian Kewangan (MOF), sekali gus mengambil masa yang panjang.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kedua-dua kementerian menyediakan mekanisme kelulusan lebih cepat dan jelas, khususnya berkaitan Arahan Perubahan Kerja (VO) serta pelarasan had kewangan.

“Mekanisme ini wajar dimasukkan dalam kontrak asal atau dimuktamadkan melalui Perjanjian Tambahan,” katanya.

Beliau menegaskan, pelaksanaan projek berkenaan merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, perunding, kontraktor dan syarikat utiliti yang perlu dinilai berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

“Rakyat Sabah tidak memerlukan budaya saling menyalahkan. Mereka mahu melihat lebuh raya ini disiapkan.

“Apa yang diperlukan ialah kerjasama lebih erat, keputusan lebih pantas dan kelulusan yang lebih cekap,” katanya.

Salleh berkata, keutamaan semua pihak adalah mengurangkan kelewatan, mempercepat pelaksanaan dan memastikan projek berkenaan disiapkan demi kepentingan rakyat Sabah.

The post Pan Borneo Sabah: Cari Penyelesaian, Bukan Saling Menyalahkan – Salleh appeared first on Sabah News - Bebas Bersuara .

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.