Back

RIM Perjelas Isu Royalti, Tolak Dakwaan Industri Muzik Tidak Telus

KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menegaskan bahawa isu pembayaran royalti kepada artis perlu diteliti berdasarkan fakta dan kes individu, bukannya dijadikan gambaran bahawa keseluruhan sistem kutipan serta pengagihan royalti industri muzik negara tidak telus.

RIM dalam kenyataan pada Khamis berkata, penjelasan itu dibuat susulan beberapa kenyataan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) berhubung kutipan royalti, ketelusan organisasi pengurusan kolektif (CMO) dan pembangunan industri muzik tempatan.

Menurutnya, pembayaran royalti bergantung kepada beberapa faktor termasuk hak yang diamanahkan kepada CMO, kadar royalti dalam kontrak, penggunaan muzik sebenar serta peraturan pengagihan dan pendaftaran pemegang hak.

RIM turut menjelaskan bahawa laporan kutipan dan pengagihan royalti telah diserahkan kepada ahli CMO setiap kali pembayaran dibuat, termasuk butiran sumber serta jumlah pendapatan yang diterima.

Sehubungan itu, RIM menggesa KARYAWAN mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap pembayaran royalti yang dipersoalkan supaya penjelasan dapat diberikan berdasarkan kes berkaitan.

Mengenai tindakan undang-undang terhadap Garis Panduan Hak Cipta (Organisasi Pengurusan Kolektif) 2025 yang dikeluarkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), RIM menjelaskan bahawa semakan kehakiman dibuat susulan peruntukan tertentu yang dianggap bermasalah.

Bagaimanapun, RIM tidak mengulas merit kes berkenaan kerana masih dalam pertimbangan mahkamah, selain menegaskan bahawa tindakan undang-undang itu tidak seharusnya dianggap sebagai penentangan terhadap ketelusan.

Dalam perkembangan berkaitan, RIM mempertahankan cadangan penubuhan Dana Eksport Muzik Malaysia bagi membantu artis dan syarikat muzik tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, usaha memperkukuh pasaran domestik dan promosi antarabangsa perlu dilaksanakan secara bersama kerana kedua-duanya penting untuk pembangunan industri muzik jangka panjang.

RIM turut bersetuju bahawa pembiayaan kerajaan perlu mempunyai objektif jelas, langkah akauntabiliti serta hasil yang boleh diukur.

Pada masa sama, persatuan itu menyokong perlindungan hak cipta daripada penggunaan karya muzik tanpa kebenaran dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) secara komersial.

RIM menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan KARYAWAN, CMO dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperkukuh industri muzik Malaysia serta melindungi kepentingan pemegang hak.

The post RIM Perjelas Isu Royalti, Tolak Dakwaan Industri Muzik Tidak Telus appeared first on Sabah News - Bebas Bersuara .

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.