SMJ 2.0 Jadi Landasan Kemajuan Sabah – Razali
KOTA KINABALU: Pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dilihat mampu menjadi landasan untuk memacu kemajuan Sabah menerusi hala tuju pembangunan yang jelas.
Bekas Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab berkata, negeri ini mempunyai potensi besar untuk terus maju, namun masih banyak perkara perlu digerakkan secara bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“ Sabah berpotensi sebenarnya untuk maju lebih ke hadapan dengan adanya blueprint yang jelas melalui Sabah Maju Jaya 2.0, ia akan membantu dalam menggerakkan lagi Sabah ke arah kemajuan yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Lambaian Kasih anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Sabah yang diketuai Pengerusinya, Datuk Mohd Nazri Abdullah, di sini.
Razali yang berkhidmat sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah dari 2 September 2025 hingga 14 Oktober 2026 berkata, penglibatannya dalam pelbagai program sepanjang tempoh perkhidmatan memberi pemahaman lebih mendalam mengenai potensi dan pembangunan negeri ini.
Katanya, kerjasama antara kedua-dua peringkat kerajaan penting bagi memastikan pembangunan Sabah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
The post SMJ 2.0 Jadi Landasan Kemajuan Sabah – Razali appeared first on Sabah News - Bebas Bersuara .
The full article is being collected. Available text is shown for now.