Back

Kerajaan ‘pasang telinga’, Belanjawan 2027 lebih baik – Fahmi

Story illustration

Kerajaan ‘pasang telinga’, Belanjawan 2027 lebih baik – Fahmi

PUTRAJAYA: Kesediaan kerajaan mendengar keluh-kesah dan pandangan rakyat menjadi antara faktor utama Belanjawan 2027 disifatkan lebih baik serta mendapat penerimaan positif daripada masyarakat.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu setiap kementerian dan pasukan Kementerian Kewangan turun padang mendapatkan maklum balas pelbagai lapisan masyarakat.

Katanya, sesi libat urus secara menyeluruh membolehkan kerajaan memahami keperluan rakyat sebelum merangka belanjawan yang mengambil kira kepentingan pelbagai kumpulan.

“Perdana Menteri telah mengarahkan menteri-menteri dan seluruh pasukan di Kementerian Kewangan memasang telinga, mendengar, membuat sesi libat urus, berbincang serta mendapatkan maklum balas, pandangan dan memorandum.

“Maka apa yang dibentangkan pada Jumaat lalu, walaupun mungkin tidak sempurna tetapi ia jauh lebih baik dan rata-rata kita lihat dalam media sosial penerimaannya sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi Oktober 2026 di sini, Rabu lalu.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan setiap keputusan dan dasar dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan sama, beliau menyambut baik beberapa pengumuman Belanjawan 2027, khususnya pengecualian duti hiburan bagi tiket filem tempatan di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, sesi libat urus bersama Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) perlu diteruskan bagi memastikan manfaat pengecualian itu turut dinikmati penonton dan bukan hanya penerbit filem tempatan.

Terdahulu, Anwar membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu dengan tumpuan meningkatkan kesejahteraan rakyat di semua peringkat.

Belanjawan itu menggariskan lapan lunas utama, termasuk komitmen meningkatkan kualiti kehidupan rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi dan masa depan negara.-SAHIH

#Belanjawan2027 #FahmiFadzil #KerajaanMADANI #AnwarIbrahim

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.