Back

Sumud Protocol bakal diangkat ke kaca televisyen

Story illustration

Sumud Protocol bakal diangkat ke kaca televisyen

KUALA LUMPUR: Perjuangan membebaskan Palestin menerusi gerakan Sumud Protocol bakal diketengahkan kepada masyarakat melalui penerbitan siri mini televisyen hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dengan Gerakan Sumud Global.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerjasama itu antara usaha kementeriannya dalam memperluas kesedaran masyarakat mengenai perjuangan rakyat Palestin serta gerakan solidariti antarabangsa.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara pemimpin dunia yang paling lantang dan tidak berkompromi dalam menyuarakan pendirian berhubung keperluan membebaskan Palestin.

“Kehadiran Perdana Menteri pada malam ini memberi isyarat sangat jelas bahawa ia bukan sekadar retorik politik atau apa yang dibincangkan di meja diplomatik.

“Malah, ia digerakkan melalui sokongan dan naungan terhadap gerakan massa seperti Global Sumud Flotilla (GSF),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sumud Nusantara bersempena Kongres Sumud Sedunia 2026, Selasa lalu.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Fahmi turut mengucapkan tahniah kepada Sani Araby atas usaha mengemudi dan menganjurkan pelbagai inisiatif yang disifatkannya signifikan dalam memperkukuh gerakan solidariti Palestin.

Menurutnya, Kementerian Komunikasi bersedia memainkan peranan lebih besar termasuk bekerjasama menghasilkan siri mini televisyen berkaitan Sumud Protocol untuk tontonan masyarakat.

Beliau berkata, sokongan terhadap gerakan Sumud Nusantara dan GSF turut membabitkan beberapa menteri lain, khususnya dalam memperluas penyebaran maklumat melalui platform digital.

“Kami sedia untuk membantu, termasuk kalau kita teliti dari segi media sosial. Jadi, ini antara beberapa perkara yang Kementerian Komunikasi sendiri akan bantu,” katanya.-SAHIH

#SumudProtocol #FahmiFadzil #Palestin #KementerianKomunikasi

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.