Back

Baim Wong sokong gesaan Syed Saddiq tangani isu jerebu

Story illustration

Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menggesa tindakan lebih tegas terhadap isu jerebu rentas sempadan menarik perhatian pelakon dan penerbit terkenal Indonesia, Baim Wong.

Menerusi ruangan komen sebuah video perbahasan Syed Saddiq di Dewan Rakyat, Baim secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap usaha menangani masalah pencemaran udara akibat kegiatan pembakaran hutan.

“Saya dukung (saya sokong). Negara harus tahu apa yang perlu diberi tumpuan. Ramai yang bekerja dalam kerajaan dan terdapat banyak bahagian, tidak perlu seorang sahaja memberi tumpuan kepada satu pekerjaan,” tulisnya.

Baim turut mencadangkan supaya kerajaan Indonesia menghantar delegasi ke Kalimantan bagi memastikan masalah berkenaan ditangani sehingga selesai.

“Hantar delegasi ke Kalimantan. Fokus di sana sehingga selesai. Bukan sahaja kerugian negara, malah nama baik negara juga dipertaruhkan,” katanya.

Menurut Baim, kegagalan menangani masalah berkenaan boleh menjejaskan keyakinan negara lain terhadap Indonesia, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Nama negara tidak baik, kepercayaan negara lain akan berkurangan, kemerosotan ekonomi berlaku, akhirnya rakyat juga yang menerima kesannya apabila semua harga meningkat,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa tindakan sewajarnya tidak dilaksanakan sedangkan kesan buruk masalah itu terhadap negara dan rakyat boleh dijangka.

View on Threads

Terdahulu, Syed Saddiq dalam perbahasannya menegaskan isu jerebu rentas sempadan bukan lagi masalah kecil, terutama apabila keadaan itu menyebabkan sekolah terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pendidikan murid.

Menurutnya, Malaysia tidak boleh sekadar membuat panggilan kepada pemimpin negara jiran, sebaliknya perlu mengemukakan nota bantahan diplomatik yang tegas dengan kerjasama negara ASEAN, khususnya Singapura.

Beliau turut mencadangkan supaya syarikat yang mempunyai kaitan dengan kegiatan pembukaan tanah secara tebang dan bakar (slash-and-burn) dikenakan tindakan, termasuk sekatan akses kepada pembiayaan dan pinjaman daripada institusi kewangan.

Syed Saddiq menegaskan langkah tegas perlu diambil terhadap mana-mana syarikat yang terbukti terlibat, termasuk syarikat Malaysia dan Singapura, bagi memastikan masalah jerebu tidak terus berulang.

The post Baim Wong sokong gesaan Syed Saddiq tangani isu jerebu appeared first on The Reporter .

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.