Back

‘Ini bukan pasal sindir, tapi fitnah’ – Jep ambil tindakan undang-undang

Story illustration

Pelawak dan bekas penyampai radio, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang berhubung isu yang tercetus antara dirinya dengan pelawak serta usahawan, Shuib Sepahtu.

Perkara itu dimaklumkan Jep menerusi satu kenyataan balas susulan video penjelasan Shuib yang turut membuat permohonan maaf berhubung kemelut antara mereka.

Menurut Jep, tindakan undang-undang berkenaan telah diambil atas nasihat peguam kerana menganggap perkara yang berlaku sebagai satu fitnah serius terhadap dirinya.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal fitnah,” katanya.

Terdahulu, Shuib tampil memberikan penjelasan selepas hampir seminggu mendiamkan diri susulan kenyataan Jep yang dikeluarkan pada 8 Oktober lalu.

Menerusi video berkenaan, Shuib turut membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa beliau sudah berusaha menghubungi Jep secara peribadi tidak sampai 24 jam selepas kenyataan awal itu dikeluarkan.

Menurut Shuib, beliau menghantar mesej WhatsApp kepada Jep pada jam 1.51 pagi, 9 Oktober lalu dengan penuh rendah diri bagi menangani kemelut yang berlaku antara mereka.

Shuib turut meluahkan bahawa kontroversi berkenaan memberi kesan besar terhadap dirinya apabila bukan sahaja menerima kecaman, malah isteri, anak-anak, keluarga serta perniagaannya turut terpalit.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan terbaharu Jep, beliau tetap mengambil langkah perundangan kerana berpandangan isu tersebut bukan sekadar melibatkan sindiran, sebaliknya dakwaan fitnah terhadap dirinya.

The post ‘Ini bukan pasal sindir, tapi fitnah’ – Jep ambil tindakan undang-undang appeared first on The Reporter .

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.