Back

PRN Melaka: BN Tetap Pertahan 21 Kerusi – Ahmad Zahid

BEIJING, 16 Okt – Barisan Nasional (BN) tetap dengan pendirian untuk bertanding mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi gabungan itu sebelum ini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN bagaimanapun terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak berhubung baki tujuh kerusi lain yang tidak dimenangi gabungan itu pada pilihan raya lalu.

“Prinsip kita – 21 kerusi yang kita menang itu adalah kerusi yang kita tidak berhasrat untuk kongsikan. Jika mahu mengadakan perundingan pun, kita akan berunding atas tujuh lagi kerusi yang bukan dipunyai oleh BN,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri itu yang juga Presiden UMNO berkata, beliau menyerahkan mandat kepada Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua Menteri Melaka, untuk membuat keputusan muktamad berhubung bentuk kerjasama yang akan dimeterai selepas hari penamaan calon nanti.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) meraih dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Melaka pada 31 Oktober ini, undi awal 10 November depan dan hari mengundi pada 14 November selepas DUN dibubarkan pada 23 September lalu. – BERNAMA

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.