Back

Haas sambar Camara untuk musim 2027

Story illustration

LONDON: Bintang muda Brazil, Rafael Camara bakal membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) bersama Haas musim depan selepas menandatangani kontrak panjang dengan pasukan itu, umum pasukan milik Amerika Syarikat berkenaan, hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu kini mendahului kedudukan keseluruhan Formula Dua (F2) dengan berbaki dua pusingan, selepas muncul juara Formula Tiga (F3) tahun lalu.

Kehadiran Camara bakal menjadikan dirinya sebagai pelumba Brazil kedua di grid permulaan F1, menyertai Gabriel Bortoleto yang kini mewakili Audi.

Camara akan menggantikan pelumba Perancis, Esteban Ocon, yang pemergiannya diumumkan bulan lalu.

Sementara itu, pelumba Britain, Oliver Bearman, yang turut berasal daripada program pembangunan Ferrari, dijangka kekal bersama pasukan berkenaan.

Perkembangan itu sekali gus memadamkan harapan segera pelumba simpanan Australia, Jack Doohan, untuk kembali mendapat tempat sebagai pemandu tetap selepas berpisah dengan Alpine, pasukan milik Renault, tahun lalu.

Ketua pasukan Haas, Ayao Komatsu, menyifatkan Camara sebagai bakat muda luar biasa yang memiliki potensi besar untuk menyerlah di pentas F1.

"Saya tidak perlu memberitahu semua orang mengenai pencapaiannya dalam kategori junior kerana prestasinya sangat mengagumkan. Dalam musim sulungnya di F2, kepantasan yang ditunjukkannya ketika berdepan situasi sukar, termasuk sesi kelayakan di Monaco dan Montreal, membuktikan potensi yang dimilikinya," kata Komatsu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Camara menyifatkan peluang menyertai Haas sebagai langkah penting dalam kariernya dan mahu memberikan tumpuan kepada persiapan menghadapi cabaran baharu itu.

"Banyak perkara yang perlu dipelajari dan saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan pasukan, memahami jentera serta terus meningkatkan kemampuan sebagai pelumba," katanya.

Haas kini berada di tangga ketujuh daripada 11 pasukan dalam kedudukan pengeluar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.