Khai Xing-Hong Quan teruskan kemaraan

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Lok Hong Quan serta beregu wanita, Dania Sofea-Tan Zhing Hui antara wakil Malaysia yang mencatat kemenangan pada pusingan 16 Kejohanan ALLIANZ Malaysia Super 100 2026, hari ini.
Khai Xing-Hong Quan mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan beregu Jepun, Takuto Goto-Tsubasa Yoshida, 21-17, 21-19 bagi meneruskan kemaraan.
Hong Quan gembira dapat bergandingan dengan pasangan berbeza kali ini selepas sekian lama bergandingan bersama Faiz, selain teruja mempelajari corak permainan baharu, khususnya dari segi kawalan permainan dan intensiti perlawanan.
"Saya teruja untuk merasai corak permainan yang berbeza, terutama dari segi kawalan pukulan, keseimbangan antara serangan dan pertahanan serta intensiti permainan," katanya.
Khai Xing pula berkata komunikasi antara mereka semakin baik dan berharap dapat terus menunjukkan prestasi terbaik dalam perlawanan seterusnya.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami mengambil pendekatan selangkah demi selangkah tanpa terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri dan komunikasi di gelanggang juga semakin baik," katanya.
Dalam acara beregu wanita, Dania Sofea-Zhing Hui menundukkan pasangan India, Priya Konjengbam dan Shruti Mishra, 21-15, 24-22.
Liew Xun dan Nicole Tan juga meneruskan cabaran Malaysia selepas menewaskan rakan senegara, Wee Yee Hern dan Vannee Gobi, 21-17, 21-13, 21-12.
© New Straits Times Press (M) Bhd
The full article is being collected. Available text is shown for now.