Back

Nyawa Pegawai Kastam Diragut, Suami Baru Sehari Keluar Dari Penjara

Pagi ini kita ‘dihidangkan’ kisah tragis seorang pegawai kastam wanita yang nyawanya diragut oleh suami sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku? Tiada secebis rasa belas dan cinta pada orang yang pernah berkorban melahirkan zuriat?

Nyawa Pegawai Kastam Diragut

Menurut sumber BERNAMA , Norhazwani binti Ibrahim yang bertugas sebagai Pegawai AKPS KS1 meninggal dunia di kuarters KLIA sekitar jam 7 malam iaitu pada 15 Oktober 2026.

Mengikut maklumat awal, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga apabila mangsa dikatakan meminta cerai.

Selain itu, masalah kewangan dan mangsa yang kerap bekerja lebih masa (OT) sehingga sering tiada di rumah turut dikatakan menjadi punca perselisihan antara mereka. Manakala suami mangsa dilaporkan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Suami Baru Sehari Keluar Dari Penjara

Suami mangsa dilaporkan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai kira-kira jam 8 malam pada hari yang sama. Dan perit untuk dihadam, suami mangsa dilaporkan baru dibebaskan dari penjara pada 14 Oktober 2026 berhubung kes dadah. Kemudian, isterinya jadi mangsa kes bunuh.

Bagaimanapun, semua maklumat berkaitan punca kejadian masih perlu diteliti oleh pihak berkuasa. Tiada siapa seharusnya membuat kesimpulan muktamad sebelum siasatan selesai.

Di sebalik berita yang mengejutkan ini, ada dua jiwa kecil yang bakal menanggung kehilangan paling besar dalam hidup yang mana masing-masing berusia 6 dan 5 tahun. Salah seorang daripada anak mangsa dilaporkan baru selesai menjalani pembedahan.

Buat masa ini, kedua-dua anak mangsa berada di bawah jagaan kakak mangsa yang menetap di Pengkalan Kubor, Kelantan.

Anak-anak itu mungkin belum benar-benar memahami apa ertinya sebuah kehilangan. Mereka mungkin masih tertanya-tanya mengapa ibu tidak pulang dan kenapa pelukan yang selalu dinanti tidak lagi dapat dirasai.

Dalam usia yang masih muda, anak-anak itu berdepan satu kehilangan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Ketika ini, pasukan forensik dilaporkan masih menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian di kuarters KLIA. Jenazah mangsa pula akan dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan si anak apabila ketahui kisah ibunya habis nyawa di tangan si ayah sendiri. Kisah ini bukan sahaja satu kehilangan yang amat menyakitkan buat keluarga yang ditinggalkan tetapi turut mengundang rasa amarah dalam diri golongan wanita teraniaya.

Semoga urusan keluarga mangsa dipermudahkan, dan semoga kedua-dua anak kecil ini sentiasa mendapat perlindungan serta kasih sayang yang secukupnya untuk meneruskan kehidupan.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Norhazwani binti Ibrahim.

The full article is being collected. Available text is shown for now.

Back
Share this story

Get the daily newsletter →

Ask globalread.info

AI news & website helper
What would you like to explore?

I can find stories, explain headlines, or help you use globalread.info.

AI can make mistakes. Check the linked sources. Questions are sent to OpenAI.