Pemandu BYD Mengaku Tidak Bersalah Memandu Bahaya, Ibu Ayah Adik Asiah Mahu Tuntut Keadilan
Hari ini pemandu BYD (kereta eletrik) yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya.
Pemandu BYD Mengaku Tidak Bersalah Memandu Bahaya
Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
“Tidak mengaku salah,” katanya ketika berdiri di dalam kandang tertuduh.
Tertuduh Raeven Goh Wey Haur, 24, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, pegawai bank itu didakwa memandu secara berbahaya di lokasi dan waktu sama, mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara maksimum enam bulan..
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry mencadangkan jaminan berjumlah RM50,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.
Beliau turut memohon supaya mahkamah menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai, selaras dengan Seksyen 41(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Ibu Ayah Adik Asiah Mahu Tuntut Keadilan
Sementara itu, ibu bapa kepada arwah Asiah Ahmad Syahir, 5, yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding kes yang meragut nyawa anak kesayangan mereka.
Ahmad Syahir bersama isteri dan keluarga reda menerima pemergian anak mereka sebagai ketentuan Allah, namun berharap keadilan dapat ditegakkan menerusi proses undang-undang.
Rujukan: Astro Awani
The full article is being collected. Available text is shown for now.